Dah lama aku tak update blog ni..rasa rindu dan terasa blank jugak apa aku nak tulis..Aku tak dapat nak make up blog ni cantik-cantik dan lebih bagus sbb tenet tak berapa bagus..tengah2 upload kang, crush plak..jadinya aku terpaksa biarkan dulu macam ni...cuma dapat mengepos entri..nak komen kat blog orang lain pun susah..huhu..tak pe lah..nnti dah ok sikit, aku laksanakan impian terpendam..huhu
Rindunya nak meluah kat sini..hikhik..
Aku tengah dalam proses mencari kerja..ada kawan2 aku yang dah lama pun dapat kerja..lepas prktikal terus dapat kerja..ada yang tak sampai sebulan pun, dah dipanggil bekerja..Mungkin diaorang dah persiapkan awal untul cari kerja..aku sebetulnya tak pandai dan tak tahu bila nak mula nak cari kerja masa kat universiti..aku tak pandai nak isi borang kerja dengan kelayakan yang tertentu..tapi, tak juga aku bertanya sebab majoriti masa tu tak bercerita..mungkinlah, bila dah masuk alam pekerjaan, kawan masa sekolah mungkin tidak lagi boleh menolong dan berkongsi sesuatu yang penting dengan kita..kan biasa dengar, kawan masa senang, senang lah nak cari tapi masa susah……
Jadinya, untuk sesiapa yang sekarang masih study dan terasa tak nak menganggur lama-lama, bersiap sedia hantar je resume dari sekarang dengan kelayakan yang ada sekarang, SPM or STPM..nanti bila dah keluar u, sekurang-kurangnya, untuk permulaan dah ada kerja..pas tu try la pulak mohon yang lain dgn diploma or degree..
Seriously, nak cari kerja sekarang..macam yang orang lain cakap..susah..dan aku akui itu..memang ada yang senang dapat sebab persediaan dari awal…kalau tidak…susah lah…memang banyak jawatan kosong, tapi banyak juga halangan yang mungkin ada..jadinya, apa-apa pun, bersedialah menghadapai halangan tu dan bersedia untuk menerima apa saja..
Ada jawatan kosong, tapi tak minat dengan jawatan tu..ada jawatan kosong, tapi tak sesuai dgn kelayakan, ada jawatan kosong tapi, tapi dan tapi..macam-macamnya mencipta alasan..for those yang always confident, iulah satu kelebihan…apa-apa pun yang ada, kalau kita yakin dgn sesuatu yang kita pilih, itulah yang lebih baik sebenarnya walaupun mungkin kita tak pandai tapi kita yakin, kita boleh buat, kita mesti boleh go on je..
Dan pada sesiapa yang belum yakin, cubalah cari tempat untuk meyakinkan diri. Jumpa pakar motivasi, atau cuba perbaiki diri..
Oh kerja..kerja…aku kan menunggu kehadiran berita gembira itu..tolong doa untuk aku, untuk dia, untuk kita, untuk semua….
No comments:
Post a Comment