Showing posts with label Stoly moly (Story). Show all posts
Showing posts with label Stoly moly (Story). Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Ina dalam hidupku


Aku melangkah masuk ke Sekolah Menengah Agama Maran masa tahun 2001. Dan aku ditempatkan di dorm A. Aku bersama beberapa rakan seusiaku yang mana kami juga ditempatkan di kelas yang sama iaitu 1 Al-Abrar (Berbakti). Macam biasalah bila dah duduk kat asrama ada gak budaya adik-kakak angkat ni. Aku tidak menjadi adik angkat kepada sesiapa tetapi aku meminati sorang senior ni yang dipanggil Kak Ina. Disebabkan ada beberapa orang yang nama Ina. Kami panggil Kak Ina Mustaqim. Akak ni baik. Memang ramai jugak yang minat akak ni. Masa aku tingkatan 1, Kak Ina tingkatan 4 dan bila aku tingkatan 2 dia dah tingkatan 5. Dan pada tahun berikutnya, aku dah tak de jumpa Kak Ina. Sebelum aku masuk sekolah ni, aku tak pernah salam dengan abah sebab abah garang. Aku tak berani. Dan Kak Ina pernah tahu itu dariku dan dia menasihati aku supaya menyalami abahku dan aku lakukan itu. Jasanya sungguh besar sebenarnya dan aku tak kan lupa dia. Dia senior yang baik dan kelakar.
Last aku dengar cerita dari kawan-kawan aku, Kak Ina dah berkahwin. Alhamdulillah. Moga bahagia dan dirahmati Allah hendaknya. Tahun 2006, aku sambung belajar kat Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan AKA Kuliyah/STASAB. Tahun 2007, Alhamdulillah dapat sambung kat UUM, Sintok ku tercinta..hehehe..kat sini aku jumpa sorang lagi hamba Allah ni nama panggilan dia Ina. Masa hari pertama orientasi course kat dalam DKG 5/1, tika masa senggang kat dalam dewan, aku tanya orang-orang sebelah kalau jadual sama, sebab majoriti member yang sama kolej (masa tu sistem kolej lagi sekarang dah tukar pada Dewan Penginapan Pelajar;DPP) Tradewinds, aku dengan Zura je. Yang lain, berlainan kelas. Dan orang yang aku tanya tu, Ina. Kebetulan jadual kami mostly sama. Tapi Ina duduk Kolej Muamalat. Bermula hari itu, kami terus kawan
Dan sepanjang perkenalan, aku senang sangat berkawan dengan Ina. Gaduh? Gaduh besar tak de, tapi kecik hati mungkin pernah. Aku pernah cemburu bila Ina rapat dengan kawan aku sorang ni, tapi aku cuba terima. Tak nak lah gaduh-gaduh.Aku pernah rasa Ina jauh dari aku bila dia rapat dengan yang lain, tapi aku juga kawan dia. Dia juga berhak ada kawan-kawan yang lain. Lagipun, bukan salah berkawan. Ina pun bukan melupakan kawan. Alhamdulilah sepanjang 3 tahun kat UUM, kami sangat rapat. Dah kenal perangai dia. Ada jugak yang dia rahsiakan dari aku. Yang aku tahu dari mulut orang lain. Tapi, aku terima secara positif. Mungkin dia belum sedia nak cerita kat aku. Masa Ina bercouple dengan sorang budak ni, aku tak berapa suka budak tu. As a friend ok tapi sebagai pak we tak kot. Tak tahulah kalo Ina cuma nak couple sbb tengok orang lain couple. Aku pulak tak suka begitu, kalau nak, serius. Bukan main-main. Keluarga Ina tahu dia ada cple jadi aku tak nak campur sangat, selagi masih ok. Masa diog cple,kami masih kawan macam biasa tapi ada lah masa yang Ina tak dapat sama dengan aku, dengan kawan2 yang lain. Sebb keluar ngan lelaki tu. Tak lama pastu diaorang putus. Jujurnya aku yang marah lebih dengan budak laki tu. Tapi semuanya ada hikmah. Kalau Ina terus cple, mungkin di waktu semester terakhir kami, kami tak dapat luangkan banyak masa bersama.
Masa yang sama aku kat UUM jugak aku kenal lagi sorang Ina. Masa dalam Persatuan PERKIM UUM. Aku kenal Ina yang bertudung pendek, yang segan nak dalam kelompok orang bertudung labuh. DTapi, tak lama kemudian, aku nampak Ina dalam tudung labuh, yang manis dalam kesopanan muslimahnya. Aku jadi kagum dengan Ina. Dan sejak dalam program pertama, kami kenal, kami terus jadi baik. Baik, dan aku senang berkawan dengan dia.Sehingga kekadang aku yang jadi segan dengan dia.
Bila aku fikir balik, Allah pernah berikan aku Ina, dan kami terputus hubungan tapi kemudian Allah hadirkan dua Ina yang sangat ku sayang. Moga2 Allah perlihara kedua sahabatku ini..Amin…

Wednesday, December 29, 2010

Konsert oooo konsert

Aku ada cerita tentang BUNKFACE..kumpulan remaja yang diminati ramai para remaja-remaji, pemuda-pemudi zaman la ni..

Masa tu ada ekspo konvo kat UUM, masa tu tahun 2009/2010..aku berjalan la dengan kawan aku ke ekspo tu. Kalau ikutkan aku boleh masuk tengok konsert tu..sebenarnya lebih kepada majlis amal sebab tiket yang dijual kalau tak silap aku, duitnya akan diberi pada pertubuhan amal..tapi aku bagi tiket tu pada kawan aku yang nak pergi sebab aku tak berminat dengan kumpulan BUNKFACE ni..Tiketnya RM10..ada beberapa artis lain termasuk Adibah Noor..hehe..aku minat gak suara dia, tapi aku malaih nak duk kat dewan tu before isya’. Jadinya, bila dah selesai isya’ baru aku melangkah ke tapak ekspo..kebetulan malam yang sama, kat tapak ekspo, ada kumpulan Inteam, Firdaus dan Ramli Sarip..Masa aku berjalan dengan kawan aku, Seha, kami melalui dewan MAS (Muadzam Shah). Konsert amal ni dibuat di sini. Dan masa aku lalu dengan Seha, dengan tetibanya, ada beberapa orang yang tak berapa dikenali, berpakaian agak pelik, lalu kat tepi kamiorang dan ada beberapa pengiring. Dan tak lama melepasi diaorang.
“Siapa Seha?” Solaku. 
“Entah.” Kami pandang ke belakang. 
“Bunkface tak?” Seha meneka. 
“Iye ke?” Soalku sebab aku memang tak kenal. 
Seha lebih kenal. Cuma cahaya yang samar kat situ buatkan tak Nampak muka. Nak pulak kamiorang tak pandang betul-betul. Ye lah ingatkan siapa..“Ye la kot.”Jawab Seha. Agak teruja sepanjang jalan nak ke tapak ekspo bertembung dengan artis, walaupun tak minat..hehe..

Apa motif cerita aku ni?

Hehehe..saje nak tulis..

Oh, ko nak bagitau yang ko bertembung dengan artis la ni?

Entah..hehehe..tak la. Saja nak kongsi cerita..betapa kita manusia biasa ni, memang teruja bertemu artis. Why? Sebb diaorang yang dikenali dan kita berpeluang untuk bertembung dengan dia yang bukan senang nak bertembung tepi jalan cam tu. Nak pulak diiring..hakhak..

Betapa la beruntungnya orang popular ni, sebab betapa lah terujanya manusia-manusia untuk bertemu mereka. Aku ingat lagi, masa Sheikh Muzaffar datang ke UUM. Bila beliau masuk je dewan, crowded Dewan MAS (Dewan MAS lagi..hehehe..dewan utama UUM>_<) dengan suara dan jeritan yang majoritinya perempuan..Lama jugak la jeritan itu berlangsung dek keterujaan masing-masing melihat angkasawan nombor satu negara..heehehe..Masa tu terdetik jugak kat hati aku, betapa lah manusia itu memberi kesan di hati ramai orang..

Dan masa aku tengok konsert Shila Majid kat TV tadi..aku memang agak minat dengan suara dia..bila penonton yang dah tentu peminat dia bersorak..huhuhu..dia cuma manusia kecil sahaja di atas pentas tu aku tengok, tapi kerana anugerah yang Tuhan bagi pada dia, dia menarik ramai keterujaan orang pada dia..

Sama juga dengan beberapa orang hebat lain…tokoh-tokoh yang hebat. Sayangnya bila keterujaan itu melebih-lebih kepada artis. Artis disanjung beria-ria. Aku minat jugak pada artis tertentu. Tapi, mujur jugak, ku masih waras untuk memilih artis yang sebetul2nya..Kembali pada ekspo konvo tadi..aku dan Seha terus melangkah dan aku terus ke tapak konsert Inteam. Seha berjumpa rakannya, kami berpecah. Di tapak utama, sememangnya aku telah lewat. Inteam dah nyanyikan lagu terakhir..hhuhu..dan kemudian Ramli Sarip. 
 Aku terus berdiri di situ sementara menunggu kawan aku sampai keluar dari dewan. Jadi seronok pulak dengar lagu Ramli Sarip. Bila aku dengar lagu dia, ada unsur didikan dan keagamaan juga sebenarnya, Cuma pendengarnya hanya mengambil unsur kerockan itu..huhu..kawan aku sampai agak lambat, hingga tamat konsert tu, aku berjalan. Jalan sorang-sorang tak best, HIngga la tak lama lepas tu kawan-kawan aku sampai. Kami jalan-jalan, cari tudung, keronsang..heehhe..biasalah barang orang perempuan ni..heheh.e.