Sunday, February 20, 2011

harap lebih positif


Entah kenapa, sejak jadi penganggur, angin semakin cepat bertiup. Kalau angin yang menenangkan, pasti hati damai. Tapi angin ini diselangi ribut petir. Malahan, angin kering mengundang rasa panas.. Mungkin hati ini jauh dariNYA, mungkin hati ini kurang ikhlas dan kurang redha dengan apa yang berlaku, walaupun kerap kali juga mencuba menenangkan. Mungkin hati ini, hati ini, hati yang lesu. Sangat-sangat syukur, di saat tengah marah yang amat, masih ingat pada DIA. Hati terus jadi lapang, tapi aku tahu, aku sedar, kesabaran aku sungguh sangat tipis..Memang sangat tak sabar. Serasa macam diri ni tak bagus. Rasa macam hilang diri yang bagusnya dulu. Cuma berharap melalui penulisan ini sedikit sebanyak menyedarkan dan merubahkan aku ke arah yang positif.. 

Memangnya mengangur bukanlah sesuatu yang bagus. Tambahan pula, jika diri seorang graduan universiti. Jika menolak kata-kata manusia sekelilingpun (belajar tinggi-tinggi, tapi.....), diri masih tetap rasa tidak bagus. Hutang perlu dibayar, kehidupan perlu diteruskan, Bukan hanya duduk menunggu. Pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan untuk mendapatkan duit, untuk dapatkan keyakinan, untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan. Memang hidup berehat-rehat itu lah yang sangat seronok sekali. Tetapi kehidupan bukan begitu. Kehidupan perlu pada sesuatu yang dilakukan iaitu kerja. Andai duit boleh ada dengan hanya memetik jari, pastinya manusia tetap tidak puas. Kehidupan, hakikatnya bukan begitu. 

Kepuasan hidup? Manusia mungkin tidak akan puas. Jika sudah bekerja, mahu rehat lama.. Jika sudah rehat lama, rindu pula pada suasana kerja. Macam-macam..dan aku yang sedang cuti yang panjang ni, aku tak tahulah apa ku rasa pada kehidupan pengangguran aku sekarang. Bukanlah juga aku duduk saja-saja goyang kaki kat rumah, tetapi entah. Mungkin betullah. Aku tak puas. Hati ini seakannya jadi seorang yang negatif.. malahan kekadang, ayat-ayat yang keluar dari mulutku juga negatif.. aku sedar yang aku semakin banyak silap… Ya Robb, kembali diri ini kepadaMU… Ke jalan MU…

Friday, February 18, 2011

Tekanan kehidupan

huhuhuuhu..sedihnye tengok tulip dah nak layu..huhuhu...

sesuatu yang kita suka mungkin bukan yang terbaik untuk kita..mungkin perancangan kita dah baik tapi perancangan ALLAH lebih baik dan DIA nak bagi yang terbaik buat kita.. Betapa memerlukan kekuatan di saat segalanya menghimpit. Kebuntuan, kebengangan, kegeraman dan segala yang disekeliling yang menekan. Memangnya kalau manusia itu tidak beragama, tidak kembali kepada TUHAN, memang bisa dia gila.. huhu.. tekanan hidup hari ini yang lebih memaksa sememangnya mampu menaikkan peratusan manusia kurang berakal. Mengikut emosi negatif terlebih.Sewajibnya kena tahu bagaimana untuk mengatasi. Bagaimana?????

Dekatkan diri kepada Tuhan, Serah bulat-bulat kepada DIA. Semuanya dari DIA YANG MENCIPTA. Sama ada baik atau buruk, DIA YANG MEMBERIKANNYA tetapi penerimaan dengan redha akan menyejukkan hati. Sewajarnya kita menangis. Menangis bukan tanda kita tidak redha, tetapi dengan sekadarnya..Kita kan hambaNYA yang lemah, ya sudah tentu kita akan menangis sedih, tetapi sekadarnya. dan Doa' agar dikuatkan hati ini menerima ketentuanNYA dan bangkit kembali untuk hari-hari mendatang sebelum dijemputnya dan berkbakti di muka bumi ini. Sesungguhnya tiap kesusahan itu ada kesenangan yang diberikanNYA, INSYA-ALLAH.. Bukak pula AL-KITAB yang suci itu, menyelak, membaca kalimah-kalimah dari ALLAH YANG MAHA SUCI ALLAH, sangat indah peringatan dariNYA. lengkap dan menenagkan.. AL-QUR'AN itu bukan untuk dihiasi dalam almari rumah, tetapi dibaca, dikaji dan beramal dengannya..insya-allah, ketenangan itu akan diperoleh..

Pastinya setiap manusia punya pelbagai minat dan hobi atau segala apa perkara untuk melepaskan kebosanan. tekanan dan segala...dan sewajibnya cara itu perlu yang dihalalkan islam. Boleh kalau mahu berhibur tetapi dengan hiburan yang benar. Yang sekadarnya... Boleh mahu menjerit tetapi jangan sampai menganggu jiran..pergilah ke bukit tinggi atau tempat2 lain yang tidak mengganggu ketenteraman orang lain..Makanya, gunakan cara itu untuk melepaskan tekanan. Mungkin ada yang suka melukis, ada yang suka berjalan, ada yang suka menonton, ada juga yang mungkin melihat wajah anak-anak kecil mampu menenangkan hati, mungkin ada yang senang untuk berjumpa rakan sahabat seperjuangan.. Terpulang bagaimana caranya tetapi masih tidak lari dari landasan addin yang benar...

Sekian dulu kali ini... kan ketemu kembali nanti..moga-moga ku juga memanfaatkannya..amin

Monday, January 24, 2011

kata lelaki

Nak mencoret tentang yang namanya cinta sebentar ye..Secara umumnya aku tak nak definisikan cinta itu apa dan tidak juga mahu memberikan sebabnya..yang ku mahu tulis kan di sini ialah em, mungkin juga bukan tentang cinta tetapi hati seorang wanita yang mudah sekali terusik dengan usikan lelaki yang pada mereka biasa-biasa sahaja..
Panggilan sayang, gurauan yang seorang wanita boleh anggap satu perkara serius dan sikap ambil berat yang mungkin macam terlebih dari hanya seorang kawan dan sebagainya tetapi pada seorang lelaki pula, kesemua itu hanyalah kerana dia seorang kawan..not more than that..malahan, mungkin lelaki itu secara semulajadi memang begitu dengan sesiapa juga..makanya, bagi seorang wanita…jika mungkin si lelaki ini telah mengusik hati wanitamu dan jika kamu tertanya dan bimbang dan bimbang dan bimbang, tanya lah secara terang-terangan..apa anggapan dia pada diri kamu? Jika dia hanya menjawab sebagai kawan…terima sebagai kawan dan segala kata-katanya yang mungkin kamu anggap dari seorang yang bukan kawan itu, lupakan dan let it go…
Mungkin malu nak bertanya terus-terang, tapi mungkin boleh tanya melalui ayat yang agak terselindung..atau kalau ingin jelas, tanya dengan hormat..dan jika kamu lebih suka untuk pendamkan, mungkin lebih baik, tapi..jangan terus berharap pada ayat-ayat sang lelaki yang mengusik jiwamu..kerana bimbang keramaian lelaki itu hanya mahu mempermainkan kamu atau mungkin dia tidak berniat pun memainkan kamu tetapi hanya anggap kamu cuma seorang kawan biasa sedang kamu telah anggap dia lebih dari kawan yang biasa..
Kepada lelaki-lelaki juga, janganlah nak main dengan perasaan perempuan…kalau suka dan bersedia, berterus-terang dan tunjukkan keseriusan anda kepadanya. Keluarga dijadikan penghubung. Jika suka dan belum bersedia, berusaha untuk bersedia dan jangan memainkan kata-kata yang memberi wanita itu harapan. Jika dia milik kamu, dia akan jadi milik kamu, insya-allah. Kalau tak suka, dan dia hanya seorang kawan biasa, sekali lagi ku katakan, jangan bermain dengan kata-kata..
Kepada para wanita yang sememangnya mudah lembut hati dan lemah dengan kata-kata lelaki dan kekadang sangat berharap ini, ku nasihatkan, jangan dipercaya kata-kata itu selagi tiada tindakan yang serius daripadanya. Lelaki ni agaknya memang tak boleh dipisahkan dengan gurauan nakal dan ayat-ayat yang mengusik jiwa. Mungkin tu taktik diaorang nak melembutkan hati perempuan. Mungkin dah semulajadinya begitu untuk dia memujuk isterinya kelak. Tetapi selagi kita belum menjadi isterinya, selagi dia juga belum bersedia, jangan terlalu berharap dengan kata-katanya. Anggap ia angin lalu yang menceriakan kamu..
Hikhik…kejam aku menulis begini???ku harap tidak..aku cuma mahu menabahkan hati wanita yang sering mudah terasa dengan kata-kata manis dan gurau nakal si lelaki.
“Jangan mudah melafaz sayang..sayang itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz cinta..cinta itu untuk siapa?” Begitu lebih kurang lagu by UNIC..dan banyak lagi lagu-lagu nasyid yang mendidik jiwa yang mungkin boleh kembali menyedarkan kita bahawa cinta manusia yang tak pasti yang kita kejar-kejar itu rupanya kita telah lupa cinta Allah, kita lupa untuk terpegun dengan kalimah indah dari Allah, kita lupa melihat teguran-teguran Allah..
Ayuh, jangan sedih lagi…raih cinta Allah, raih kasih Allah, yakin terus padaNYA.
Dan ingatkan diriku andai aku lupa..ingatkan saja aku tiap masa..aku yang sering lupa..

Sunday, January 23, 2011

mencari kerja

Dah lama aku tak update blog ni..rasa rindu dan terasa blank jugak apa aku nak tulis..Aku tak dapat nak make up blog ni cantik-cantik dan lebih bagus sbb tenet tak berapa bagus..tengah2 upload kang, crush plak..jadinya aku terpaksa biarkan dulu macam ni...cuma dapat mengepos entri..nak komen kat blog orang lain pun susah..huhu..tak pe lah..nnti dah ok sikit, aku laksanakan impian terpendam..huhu
Rindunya nak meluah kat sini..hikhik..
Aku tengah dalam proses mencari kerja..ada kawan2 aku yang dah lama pun dapat kerja..lepas prktikal terus dapat kerja..ada yang tak sampai sebulan pun, dah dipanggil bekerja..Mungkin diaorang dah persiapkan awal untul cari kerja..aku sebetulnya tak pandai dan tak tahu bila nak mula nak cari kerja masa kat universiti..aku tak pandai nak isi borang kerja dengan kelayakan yang tertentu..tapi, tak juga aku bertanya sebab majoriti masa tu tak bercerita..mungkinlah, bila dah masuk alam pekerjaan, kawan masa sekolah mungkin tidak lagi boleh menolong dan berkongsi sesuatu yang penting dengan kita..kan biasa dengar, kawan masa senang, senang lah nak cari tapi masa susah……
Jadinya, untuk sesiapa yang sekarang masih study dan terasa tak nak menganggur lama-lama, bersiap sedia hantar je resume dari sekarang dengan kelayakan yang ada sekarang, SPM or STPM..nanti bila dah keluar u, sekurang-kurangnya, untuk permulaan dah ada kerja..pas tu try la pulak mohon yang lain dgn  diploma or degree..
Seriously, nak cari kerja sekarang..macam yang orang lain cakap..susah..dan aku akui itu..memang ada yang senang dapat sebab persediaan dari awal…kalau tidak…susah lah…memang banyak jawatan kosong, tapi banyak juga halangan yang mungkin ada..jadinya, apa-apa pun, bersedialah menghadapai halangan tu dan bersedia untuk menerima apa saja..
Ada jawatan kosong, tapi tak minat dengan jawatan tu..ada jawatan kosong, tapi tak sesuai dgn kelayakan, ada jawatan kosong tapi, tapi dan tapi..macam-macamnya mencipta alasan..for those yang always confident, iulah satu kelebihan…apa-apa pun yang ada, kalau kita yakin dgn sesuatu yang kita pilih, itulah yang lebih baik sebenarnya walaupun mungkin kita tak pandai tapi kita yakin, kita boleh buat, kita mesti boleh go on je..
Dan pada sesiapa yang belum yakin, cubalah cari tempat untuk meyakinkan diri. Jumpa pakar motivasi, atau cuba perbaiki diri..
Oh kerja..kerja…aku kan menunggu kehadiran berita gembira itu..tolong doa untuk aku, untuk dia, untuk kita, untuk semua….


Sunday, January 2, 2011

Ina dalam hidupku


Aku melangkah masuk ke Sekolah Menengah Agama Maran masa tahun 2001. Dan aku ditempatkan di dorm A. Aku bersama beberapa rakan seusiaku yang mana kami juga ditempatkan di kelas yang sama iaitu 1 Al-Abrar (Berbakti). Macam biasalah bila dah duduk kat asrama ada gak budaya adik-kakak angkat ni. Aku tidak menjadi adik angkat kepada sesiapa tetapi aku meminati sorang senior ni yang dipanggil Kak Ina. Disebabkan ada beberapa orang yang nama Ina. Kami panggil Kak Ina Mustaqim. Akak ni baik. Memang ramai jugak yang minat akak ni. Masa aku tingkatan 1, Kak Ina tingkatan 4 dan bila aku tingkatan 2 dia dah tingkatan 5. Dan pada tahun berikutnya, aku dah tak de jumpa Kak Ina. Sebelum aku masuk sekolah ni, aku tak pernah salam dengan abah sebab abah garang. Aku tak berani. Dan Kak Ina pernah tahu itu dariku dan dia menasihati aku supaya menyalami abahku dan aku lakukan itu. Jasanya sungguh besar sebenarnya dan aku tak kan lupa dia. Dia senior yang baik dan kelakar.
Last aku dengar cerita dari kawan-kawan aku, Kak Ina dah berkahwin. Alhamdulillah. Moga bahagia dan dirahmati Allah hendaknya. Tahun 2006, aku sambung belajar kat Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan AKA Kuliyah/STASAB. Tahun 2007, Alhamdulillah dapat sambung kat UUM, Sintok ku tercinta..hehehe..kat sini aku jumpa sorang lagi hamba Allah ni nama panggilan dia Ina. Masa hari pertama orientasi course kat dalam DKG 5/1, tika masa senggang kat dalam dewan, aku tanya orang-orang sebelah kalau jadual sama, sebab majoriti member yang sama kolej (masa tu sistem kolej lagi sekarang dah tukar pada Dewan Penginapan Pelajar;DPP) Tradewinds, aku dengan Zura je. Yang lain, berlainan kelas. Dan orang yang aku tanya tu, Ina. Kebetulan jadual kami mostly sama. Tapi Ina duduk Kolej Muamalat. Bermula hari itu, kami terus kawan
Dan sepanjang perkenalan, aku senang sangat berkawan dengan Ina. Gaduh? Gaduh besar tak de, tapi kecik hati mungkin pernah. Aku pernah cemburu bila Ina rapat dengan kawan aku sorang ni, tapi aku cuba terima. Tak nak lah gaduh-gaduh.Aku pernah rasa Ina jauh dari aku bila dia rapat dengan yang lain, tapi aku juga kawan dia. Dia juga berhak ada kawan-kawan yang lain. Lagipun, bukan salah berkawan. Ina pun bukan melupakan kawan. Alhamdulilah sepanjang 3 tahun kat UUM, kami sangat rapat. Dah kenal perangai dia. Ada jugak yang dia rahsiakan dari aku. Yang aku tahu dari mulut orang lain. Tapi, aku terima secara positif. Mungkin dia belum sedia nak cerita kat aku. Masa Ina bercouple dengan sorang budak ni, aku tak berapa suka budak tu. As a friend ok tapi sebagai pak we tak kot. Tak tahulah kalo Ina cuma nak couple sbb tengok orang lain couple. Aku pulak tak suka begitu, kalau nak, serius. Bukan main-main. Keluarga Ina tahu dia ada cple jadi aku tak nak campur sangat, selagi masih ok. Masa diog cple,kami masih kawan macam biasa tapi ada lah masa yang Ina tak dapat sama dengan aku, dengan kawan2 yang lain. Sebb keluar ngan lelaki tu. Tak lama pastu diaorang putus. Jujurnya aku yang marah lebih dengan budak laki tu. Tapi semuanya ada hikmah. Kalau Ina terus cple, mungkin di waktu semester terakhir kami, kami tak dapat luangkan banyak masa bersama.
Masa yang sama aku kat UUM jugak aku kenal lagi sorang Ina. Masa dalam Persatuan PERKIM UUM. Aku kenal Ina yang bertudung pendek, yang segan nak dalam kelompok orang bertudung labuh. DTapi, tak lama kemudian, aku nampak Ina dalam tudung labuh, yang manis dalam kesopanan muslimahnya. Aku jadi kagum dengan Ina. Dan sejak dalam program pertama, kami kenal, kami terus jadi baik. Baik, dan aku senang berkawan dengan dia.Sehingga kekadang aku yang jadi segan dengan dia.
Bila aku fikir balik, Allah pernah berikan aku Ina, dan kami terputus hubungan tapi kemudian Allah hadirkan dua Ina yang sangat ku sayang. Moga2 Allah perlihara kedua sahabatku ini..Amin…

Saturday, January 1, 2011

Cabut Gigi coz of BRACES


Korang pernah kena cabut gigi tak? Mestilah pernah kan?huhu..sakit tak? Selalunya dah dibius tak rasa la sakitnya, kalau rasa pun, sikit je..Korang pernah nampak tak jarum-jarum yang nak kena cucuk kat gusi korang?huhu…
Kadang2 rasa benci dengan doktor gigi..Dia cabut gigi saya. Gigi saya yang elok tu dia cabut..ah….mana gigi saya? Gigi saya dua batang dia ambik..saya dah tak de gigi kat situ..huhuhu..sebab kena pakai braces, dua batang gigi ku di cabut..masa doktor chan nak cabut gigi aku, dia kata. “It’s quite tough”. Memang gigi aku agak kuat sedikit. Aku dah selawat, istighfar semua..Kot sakit ke? Ape ke..tak lama pastu gigi aku dicabut. Dan dah tentunya darah keluar banyak..sampai kat umah, dah makan ubat semua, bila aku duduk-duduk. Aku rasa macam…ah…….kejamnya doktor tu ambik gigi aku..dah kosong..dah tak de gigi kat situ..kejamnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..patutlah kekadang ada orang tak suka doktor gigi..atas sebab pengalaman tertentu tapi sejujurnya dr chan tu baik. Dia treat pesakit dia smooth je..tapi bengang gigi aku dah tak de..huhuhuhu…padahal semuanya dah dipersetujui..aku yg nak pakai braces so memang kena cabutlah gigi ni..huhu.ok cerita pasal gigi kena tampal lak.
Masa tu aku sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Paya Bungor, ada je doktor gigi datang, aku memang takut sebab nama aku wanted untuk beberapa tahun. Tak pandai jaga gigi. Family plak agak susah.Nak beli ubat gigi selalu ni entahlah. Aku pernah gak mengada-ngada guna arang..hehe..tapi tak lama, pakai time mengada-ngada je..hikhik..pastu aku ngan kengkawan aku dipanggil, kena ke perpustakaan, sebab rawatan dibuat di situ. Sampai je giliran aku, entah macam mana, susah lak doktor tu nak rawat gigi aku ni. Lastly doktor gigi tu kata kena cucuk. Aku nangis-nangis tak nak kena cucuk sebab aku dah pernah rasa sebelum tu, punyalah sakit..Sakit sangat2..aku dah trauma. Puaslah doktor tu pujuk  “tak pe, tak sakit. Kebas je.” Aku ni tak nak tak nak jugak..Aku tekad masa tu, tak nak. Nangis depan kawan aku. Faizah ngan Zainuddin. Masa tu tak kira malu dah. Kawan aku punyalah bagus. “Tak pe fahana, tak sakit.” Huhuhu..aku tak nak jugak, tapi at last, aku pun tak ingat apa pilihan yang dibuat, setahu aku, aku tak dicucuk dan doktor berusaha sehabis mungkin, Terima kasih pada doktor yang ku tak tahu namanya itu..huhu..
Tengok gigi orang cantik-cantik, jeles pun ada, pada you all-you all, jagalah gigi ok. Jaga lek lok..huhu. Sekarang, perubatan bukan hanya perubatan tetapi juga boleh jadi satu alternative untuk menjadi lebih cantik. Terbaru ada kaedah untuk mencantikkan gigi iaitu memutihkan gigi.Gigi kuning selalunya disebabkan oleh tabiat pemakanan iaitu suka minum minuman berkafein dan merokok. Jadinya, nak memutihkan semula gigi untuk menyerlahkan senyuman yang menawan menyebabkan ada yang sanggup menghabiskan duit. Sememangnya bukan murah kan…jadinya, jagalah gigi, tapi aku suka minum teh, Nescafe..sedapnyer..huhu..
Rajin2 lah menggosok gigi dan menjaga gigi dengan baik. Pastikan juga menjaga pemakanan untuk mengelakkan nafas berbau seperti bawang putih, petai and so on..boleh kot nak makan kalau dah teringin sangat tapi gosok gigi elok2 na..Menggosok gigi, tetapi jangan lupa menggosok lidah dan berkumur untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria (aku lupa nama bakteria ni) di bahagian bawah lidah yang boleh menyebabkan nafas berbau…
Ok, see u next time>_<..take good care of your teeth..hehe

Wednesday, December 29, 2010

Konsert oooo konsert

Aku ada cerita tentang BUNKFACE..kumpulan remaja yang diminati ramai para remaja-remaji, pemuda-pemudi zaman la ni..

Masa tu ada ekspo konvo kat UUM, masa tu tahun 2009/2010..aku berjalan la dengan kawan aku ke ekspo tu. Kalau ikutkan aku boleh masuk tengok konsert tu..sebenarnya lebih kepada majlis amal sebab tiket yang dijual kalau tak silap aku, duitnya akan diberi pada pertubuhan amal..tapi aku bagi tiket tu pada kawan aku yang nak pergi sebab aku tak berminat dengan kumpulan BUNKFACE ni..Tiketnya RM10..ada beberapa artis lain termasuk Adibah Noor..hehe..aku minat gak suara dia, tapi aku malaih nak duk kat dewan tu before isya’. Jadinya, bila dah selesai isya’ baru aku melangkah ke tapak ekspo..kebetulan malam yang sama, kat tapak ekspo, ada kumpulan Inteam, Firdaus dan Ramli Sarip..Masa aku berjalan dengan kawan aku, Seha, kami melalui dewan MAS (Muadzam Shah). Konsert amal ni dibuat di sini. Dan masa aku lalu dengan Seha, dengan tetibanya, ada beberapa orang yang tak berapa dikenali, berpakaian agak pelik, lalu kat tepi kamiorang dan ada beberapa pengiring. Dan tak lama melepasi diaorang.
“Siapa Seha?” Solaku. 
“Entah.” Kami pandang ke belakang. 
“Bunkface tak?” Seha meneka. 
“Iye ke?” Soalku sebab aku memang tak kenal. 
Seha lebih kenal. Cuma cahaya yang samar kat situ buatkan tak Nampak muka. Nak pulak kamiorang tak pandang betul-betul. Ye lah ingatkan siapa..“Ye la kot.”Jawab Seha. Agak teruja sepanjang jalan nak ke tapak ekspo bertembung dengan artis, walaupun tak minat..hehe..

Apa motif cerita aku ni?

Hehehe..saje nak tulis..

Oh, ko nak bagitau yang ko bertembung dengan artis la ni?

Entah..hehehe..tak la. Saja nak kongsi cerita..betapa kita manusia biasa ni, memang teruja bertemu artis. Why? Sebb diaorang yang dikenali dan kita berpeluang untuk bertembung dengan dia yang bukan senang nak bertembung tepi jalan cam tu. Nak pulak diiring..hakhak..

Betapa la beruntungnya orang popular ni, sebab betapa lah terujanya manusia-manusia untuk bertemu mereka. Aku ingat lagi, masa Sheikh Muzaffar datang ke UUM. Bila beliau masuk je dewan, crowded Dewan MAS (Dewan MAS lagi..hehehe..dewan utama UUM>_<) dengan suara dan jeritan yang majoritinya perempuan..Lama jugak la jeritan itu berlangsung dek keterujaan masing-masing melihat angkasawan nombor satu negara..heehehe..Masa tu terdetik jugak kat hati aku, betapa lah manusia itu memberi kesan di hati ramai orang..

Dan masa aku tengok konsert Shila Majid kat TV tadi..aku memang agak minat dengan suara dia..bila penonton yang dah tentu peminat dia bersorak..huhuhu..dia cuma manusia kecil sahaja di atas pentas tu aku tengok, tapi kerana anugerah yang Tuhan bagi pada dia, dia menarik ramai keterujaan orang pada dia..

Sama juga dengan beberapa orang hebat lain…tokoh-tokoh yang hebat. Sayangnya bila keterujaan itu melebih-lebih kepada artis. Artis disanjung beria-ria. Aku minat jugak pada artis tertentu. Tapi, mujur jugak, ku masih waras untuk memilih artis yang sebetul2nya..Kembali pada ekspo konvo tadi..aku dan Seha terus melangkah dan aku terus ke tapak konsert Inteam. Seha berjumpa rakannya, kami berpecah. Di tapak utama, sememangnya aku telah lewat. Inteam dah nyanyikan lagu terakhir..hhuhu..dan kemudian Ramli Sarip. 
 Aku terus berdiri di situ sementara menunggu kawan aku sampai keluar dari dewan. Jadi seronok pulak dengar lagu Ramli Sarip. Bila aku dengar lagu dia, ada unsur didikan dan keagamaan juga sebenarnya, Cuma pendengarnya hanya mengambil unsur kerockan itu..huhu..kawan aku sampai agak lambat, hingga tamat konsert tu, aku berjalan. Jalan sorang-sorang tak best, HIngga la tak lama lepas tu kawan-kawan aku sampai. Kami jalan-jalan, cari tudung, keronsang..heehhe..biasalah barang orang perempuan ni..heheh.e.