Saturday, January 1, 2011

Cabut Gigi coz of BRACES


Korang pernah kena cabut gigi tak? Mestilah pernah kan?huhu..sakit tak? Selalunya dah dibius tak rasa la sakitnya, kalau rasa pun, sikit je..Korang pernah nampak tak jarum-jarum yang nak kena cucuk kat gusi korang?huhu…
Kadang2 rasa benci dengan doktor gigi..Dia cabut gigi saya. Gigi saya yang elok tu dia cabut..ah….mana gigi saya? Gigi saya dua batang dia ambik..saya dah tak de gigi kat situ..huhuhu..sebab kena pakai braces, dua batang gigi ku di cabut..masa doktor chan nak cabut gigi aku, dia kata. “It’s quite tough”. Memang gigi aku agak kuat sedikit. Aku dah selawat, istighfar semua..Kot sakit ke? Ape ke..tak lama pastu gigi aku dicabut. Dan dah tentunya darah keluar banyak..sampai kat umah, dah makan ubat semua, bila aku duduk-duduk. Aku rasa macam…ah…….kejamnya doktor tu ambik gigi aku..dah kosong..dah tak de gigi kat situ..kejamnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..patutlah kekadang ada orang tak suka doktor gigi..atas sebab pengalaman tertentu tapi sejujurnya dr chan tu baik. Dia treat pesakit dia smooth je..tapi bengang gigi aku dah tak de..huhuhuhu…padahal semuanya dah dipersetujui..aku yg nak pakai braces so memang kena cabutlah gigi ni..huhu.ok cerita pasal gigi kena tampal lak.
Masa tu aku sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Paya Bungor, ada je doktor gigi datang, aku memang takut sebab nama aku wanted untuk beberapa tahun. Tak pandai jaga gigi. Family plak agak susah.Nak beli ubat gigi selalu ni entahlah. Aku pernah gak mengada-ngada guna arang..hehe..tapi tak lama, pakai time mengada-ngada je..hikhik..pastu aku ngan kengkawan aku dipanggil, kena ke perpustakaan, sebab rawatan dibuat di situ. Sampai je giliran aku, entah macam mana, susah lak doktor tu nak rawat gigi aku ni. Lastly doktor gigi tu kata kena cucuk. Aku nangis-nangis tak nak kena cucuk sebab aku dah pernah rasa sebelum tu, punyalah sakit..Sakit sangat2..aku dah trauma. Puaslah doktor tu pujuk  “tak pe, tak sakit. Kebas je.” Aku ni tak nak tak nak jugak..Aku tekad masa tu, tak nak. Nangis depan kawan aku. Faizah ngan Zainuddin. Masa tu tak kira malu dah. Kawan aku punyalah bagus. “Tak pe fahana, tak sakit.” Huhuhu..aku tak nak jugak, tapi at last, aku pun tak ingat apa pilihan yang dibuat, setahu aku, aku tak dicucuk dan doktor berusaha sehabis mungkin, Terima kasih pada doktor yang ku tak tahu namanya itu..huhu..
Tengok gigi orang cantik-cantik, jeles pun ada, pada you all-you all, jagalah gigi ok. Jaga lek lok..huhu. Sekarang, perubatan bukan hanya perubatan tetapi juga boleh jadi satu alternative untuk menjadi lebih cantik. Terbaru ada kaedah untuk mencantikkan gigi iaitu memutihkan gigi.Gigi kuning selalunya disebabkan oleh tabiat pemakanan iaitu suka minum minuman berkafein dan merokok. Jadinya, nak memutihkan semula gigi untuk menyerlahkan senyuman yang menawan menyebabkan ada yang sanggup menghabiskan duit. Sememangnya bukan murah kan…jadinya, jagalah gigi, tapi aku suka minum teh, Nescafe..sedapnyer..huhu..
Rajin2 lah menggosok gigi dan menjaga gigi dengan baik. Pastikan juga menjaga pemakanan untuk mengelakkan nafas berbau seperti bawang putih, petai and so on..boleh kot nak makan kalau dah teringin sangat tapi gosok gigi elok2 na..Menggosok gigi, tetapi jangan lupa menggosok lidah dan berkumur untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria (aku lupa nama bakteria ni) di bahagian bawah lidah yang boleh menyebabkan nafas berbau…
Ok, see u next time>_<..take good care of your teeth..hehe

No comments:

Post a Comment