Monday, January 24, 2011

kata lelaki

Nak mencoret tentang yang namanya cinta sebentar ye..Secara umumnya aku tak nak definisikan cinta itu apa dan tidak juga mahu memberikan sebabnya..yang ku mahu tulis kan di sini ialah em, mungkin juga bukan tentang cinta tetapi hati seorang wanita yang mudah sekali terusik dengan usikan lelaki yang pada mereka biasa-biasa sahaja..
Panggilan sayang, gurauan yang seorang wanita boleh anggap satu perkara serius dan sikap ambil berat yang mungkin macam terlebih dari hanya seorang kawan dan sebagainya tetapi pada seorang lelaki pula, kesemua itu hanyalah kerana dia seorang kawan..not more than that..malahan, mungkin lelaki itu secara semulajadi memang begitu dengan sesiapa juga..makanya, bagi seorang wanita…jika mungkin si lelaki ini telah mengusik hati wanitamu dan jika kamu tertanya dan bimbang dan bimbang dan bimbang, tanya lah secara terang-terangan..apa anggapan dia pada diri kamu? Jika dia hanya menjawab sebagai kawan…terima sebagai kawan dan segala kata-katanya yang mungkin kamu anggap dari seorang yang bukan kawan itu, lupakan dan let it go…
Mungkin malu nak bertanya terus-terang, tapi mungkin boleh tanya melalui ayat yang agak terselindung..atau kalau ingin jelas, tanya dengan hormat..dan jika kamu lebih suka untuk pendamkan, mungkin lebih baik, tapi..jangan terus berharap pada ayat-ayat sang lelaki yang mengusik jiwamu..kerana bimbang keramaian lelaki itu hanya mahu mempermainkan kamu atau mungkin dia tidak berniat pun memainkan kamu tetapi hanya anggap kamu cuma seorang kawan biasa sedang kamu telah anggap dia lebih dari kawan yang biasa..
Kepada lelaki-lelaki juga, janganlah nak main dengan perasaan perempuan…kalau suka dan bersedia, berterus-terang dan tunjukkan keseriusan anda kepadanya. Keluarga dijadikan penghubung. Jika suka dan belum bersedia, berusaha untuk bersedia dan jangan memainkan kata-kata yang memberi wanita itu harapan. Jika dia milik kamu, dia akan jadi milik kamu, insya-allah. Kalau tak suka, dan dia hanya seorang kawan biasa, sekali lagi ku katakan, jangan bermain dengan kata-kata..
Kepada para wanita yang sememangnya mudah lembut hati dan lemah dengan kata-kata lelaki dan kekadang sangat berharap ini, ku nasihatkan, jangan dipercaya kata-kata itu selagi tiada tindakan yang serius daripadanya. Lelaki ni agaknya memang tak boleh dipisahkan dengan gurauan nakal dan ayat-ayat yang mengusik jiwa. Mungkin tu taktik diaorang nak melembutkan hati perempuan. Mungkin dah semulajadinya begitu untuk dia memujuk isterinya kelak. Tetapi selagi kita belum menjadi isterinya, selagi dia juga belum bersedia, jangan terlalu berharap dengan kata-katanya. Anggap ia angin lalu yang menceriakan kamu..
Hikhik…kejam aku menulis begini???ku harap tidak..aku cuma mahu menabahkan hati wanita yang sering mudah terasa dengan kata-kata manis dan gurau nakal si lelaki.
“Jangan mudah melafaz sayang..sayang itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz cinta..cinta itu untuk siapa?” Begitu lebih kurang lagu by UNIC..dan banyak lagi lagu-lagu nasyid yang mendidik jiwa yang mungkin boleh kembali menyedarkan kita bahawa cinta manusia yang tak pasti yang kita kejar-kejar itu rupanya kita telah lupa cinta Allah, kita lupa untuk terpegun dengan kalimah indah dari Allah, kita lupa melihat teguran-teguran Allah..
Ayuh, jangan sedih lagi…raih cinta Allah, raih kasih Allah, yakin terus padaNYA.
Dan ingatkan diriku andai aku lupa..ingatkan saja aku tiap masa..aku yang sering lupa..

No comments:

Post a Comment