Thursday, December 9, 2010

Keyakinan

Dah hampir kepada 4 Muharram tahun baru kita..Apa yang aku plan untuk masa2 akan datang, aku sendiri tidak pasti. Ramai yang kata untuk menuju kehidupan yang lebih baik..Aku pun ingin begitu dan masing-masing juga pasti ingin begitu..Malahan kehidupan yang lebih baik untuk setiap hari. Untuk aku, pastinya aku ingin dapat kerja yang bagus ,yang tetap, yang aku minat..Bukan mudah menjadi penganggur di saat orang lain sibuk memerah keringat. Bukan mudah menjadi penganggur bila diri dilengkapi dengan nama IJAZAH..Walaupun memang aku akui mahasiswa sekarang tak macam dulu yang lebih berketrampilan, berdisiplin, berkepimpinan. Mahasiswa sekarang entah bagaimana bentuknya. Sebab ramai yang kat dalam institut pengajian yang punya pelbagai sebab musabab masuk universiti.

Em, aku ni bagaimana pula? Sebelum aku habis belajar pun aku dah fikir, kerjaya apa yang sesuai dengan aku. Terutama dengan kebolehan dan keyakinan yang sedang-sedang aja ni. Aku tahu, majikan pastinya ingin staf yang betul2 mantap keyakinan. Bagi jawatan yang sesuai dengan kelayakan aku pula, pastinya anda perlu tegas, berani, profesional,dan macam2 lagi. Kesilapan tetap boleh diterima sebab masing-masing berlajar dari silap, the important things is your confident. Do you? i, don't think so..Coz of that aku explore diri jugak, apa yang ada pada aku untuk aku bekerja di kedudukan yang baik? Bukan kedudukan dan pangkat yang aku cari. Cuma KEYAKINAN.

note:aku kena lebih eksplorasi dan disiplin

No comments:

Post a Comment