Wednesday, December 29, 2010

Konsert oooo konsert

Aku ada cerita tentang BUNKFACE..kumpulan remaja yang diminati ramai para remaja-remaji, pemuda-pemudi zaman la ni..

Masa tu ada ekspo konvo kat UUM, masa tu tahun 2009/2010..aku berjalan la dengan kawan aku ke ekspo tu. Kalau ikutkan aku boleh masuk tengok konsert tu..sebenarnya lebih kepada majlis amal sebab tiket yang dijual kalau tak silap aku, duitnya akan diberi pada pertubuhan amal..tapi aku bagi tiket tu pada kawan aku yang nak pergi sebab aku tak berminat dengan kumpulan BUNKFACE ni..Tiketnya RM10..ada beberapa artis lain termasuk Adibah Noor..hehe..aku minat gak suara dia, tapi aku malaih nak duk kat dewan tu before isya’. Jadinya, bila dah selesai isya’ baru aku melangkah ke tapak ekspo..kebetulan malam yang sama, kat tapak ekspo, ada kumpulan Inteam, Firdaus dan Ramli Sarip..Masa aku berjalan dengan kawan aku, Seha, kami melalui dewan MAS (Muadzam Shah). Konsert amal ni dibuat di sini. Dan masa aku lalu dengan Seha, dengan tetibanya, ada beberapa orang yang tak berapa dikenali, berpakaian agak pelik, lalu kat tepi kamiorang dan ada beberapa pengiring. Dan tak lama melepasi diaorang.
“Siapa Seha?” Solaku. 
“Entah.” Kami pandang ke belakang. 
“Bunkface tak?” Seha meneka. 
“Iye ke?” Soalku sebab aku memang tak kenal. 
Seha lebih kenal. Cuma cahaya yang samar kat situ buatkan tak Nampak muka. Nak pulak kamiorang tak pandang betul-betul. Ye lah ingatkan siapa..“Ye la kot.”Jawab Seha. Agak teruja sepanjang jalan nak ke tapak ekspo bertembung dengan artis, walaupun tak minat..hehe..

Apa motif cerita aku ni?

Hehehe..saje nak tulis..

Oh, ko nak bagitau yang ko bertembung dengan artis la ni?

Entah..hehehe..tak la. Saja nak kongsi cerita..betapa kita manusia biasa ni, memang teruja bertemu artis. Why? Sebb diaorang yang dikenali dan kita berpeluang untuk bertembung dengan dia yang bukan senang nak bertembung tepi jalan cam tu. Nak pulak diiring..hakhak..

Betapa la beruntungnya orang popular ni, sebab betapa lah terujanya manusia-manusia untuk bertemu mereka. Aku ingat lagi, masa Sheikh Muzaffar datang ke UUM. Bila beliau masuk je dewan, crowded Dewan MAS (Dewan MAS lagi..hehehe..dewan utama UUM>_<) dengan suara dan jeritan yang majoritinya perempuan..Lama jugak la jeritan itu berlangsung dek keterujaan masing-masing melihat angkasawan nombor satu negara..heehehe..Masa tu terdetik jugak kat hati aku, betapa lah manusia itu memberi kesan di hati ramai orang..

Dan masa aku tengok konsert Shila Majid kat TV tadi..aku memang agak minat dengan suara dia..bila penonton yang dah tentu peminat dia bersorak..huhuhu..dia cuma manusia kecil sahaja di atas pentas tu aku tengok, tapi kerana anugerah yang Tuhan bagi pada dia, dia menarik ramai keterujaan orang pada dia..

Sama juga dengan beberapa orang hebat lain…tokoh-tokoh yang hebat. Sayangnya bila keterujaan itu melebih-lebih kepada artis. Artis disanjung beria-ria. Aku minat jugak pada artis tertentu. Tapi, mujur jugak, ku masih waras untuk memilih artis yang sebetul2nya..Kembali pada ekspo konvo tadi..aku dan Seha terus melangkah dan aku terus ke tapak konsert Inteam. Seha berjumpa rakannya, kami berpecah. Di tapak utama, sememangnya aku telah lewat. Inteam dah nyanyikan lagu terakhir..hhuhu..dan kemudian Ramli Sarip. 
 Aku terus berdiri di situ sementara menunggu kawan aku sampai keluar dari dewan. Jadi seronok pulak dengar lagu Ramli Sarip. Bila aku dengar lagu dia, ada unsur didikan dan keagamaan juga sebenarnya, Cuma pendengarnya hanya mengambil unsur kerockan itu..huhu..kawan aku sampai agak lambat, hingga tamat konsert tu, aku berjalan. Jalan sorang-sorang tak best, HIngga la tak lama lepas tu kawan-kawan aku sampai. Kami jalan-jalan, cari tudung, keronsang..heehhe..biasalah barang orang perempuan ni..heheh.e.


Saturday, December 25, 2010

Syukur dan Air Mata

Alhamdulillah..kata seorang sahabat, yang ku ambil maksudnya 
'bersyukurlah untuk menjadi bahagia dan bukan tika bahagia sahaja bersyukur.'
Tika dilanda musibah, sesungguhnya orang yang beriman akan mengucapkan 
Inna lillahi wainna ilaihi roji'un..sesungguhnya, drpd Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali..
mudah2an kita tergolong dikalangan orang2 yang beriman..amin

Secebis tentang mutiara dari mata


Kekadang air mata itu akan mengalir tanpa dipinta
Tiba2 sahaja ada satu rasa yang mahu alirkan air dari mata kita..
Sejujurnya tika itu, kita telah melepaskan perasaan yang mungkin di jauh sudut hati kita tak mampu kita luahkan..perasaan yang terlalu lama kita pendamlan kita sorokkan..
Kekadang juga nanti kita bisa kembali kuat dengan air mata yang telah keluar tanpa dipinta tadi. 
Ingat lagu Firdaus?? Menangislah Di Bahuku..
'Bukan hanya bahagia ada di dunia'
Menangis bukanlah sesuatu yang negatif. Pokok pangkalnya WHY YOU CRY???
Sesungguhnya mata yang menangis kerana takutkan Allah akan diselamatkan daripada api neraka.

Monday, December 13, 2010

Tika waktu tiba

Setiap orang akan mengalami kesusahan tapi dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kemampuan seseorang yang Allah tahu hambaNYA mampu untuk harunginya. Jangan kita ingat, disaat kita jatuh terduduk, terkulai lemah, dan kita lihat orang lain sedang bahagia meniti hari2nya. Sebenarnya mungkin dia juga melalui saat duka yang melelahkan tapi di zahirnya kita nampak dia bahagia. 

Bahagia itu bila berdampingan dengan Tuhan. Andai kita selalu mendekatkan diri denganNYA, maka di saat kita begitu sukar, pasti kita mampu hadapinya. Mendampingi Allah tidak kira masa..Tika susah atau senang, hati kita akan terpaut teringat dan rindukan DIA. Kita berusaha mendekatkan diri denganNYA dengan amalan ibadah ikhlas keranaNYA..Qur'an dibaca, dilihat tafsir makna ayatnya. Sungguh, ia begitu tersusun indah.

Thursday, December 9, 2010

Keyakinan

Dah hampir kepada 4 Muharram tahun baru kita..Apa yang aku plan untuk masa2 akan datang, aku sendiri tidak pasti. Ramai yang kata untuk menuju kehidupan yang lebih baik..Aku pun ingin begitu dan masing-masing juga pasti ingin begitu..Malahan kehidupan yang lebih baik untuk setiap hari. Untuk aku, pastinya aku ingin dapat kerja yang bagus ,yang tetap, yang aku minat..Bukan mudah menjadi penganggur di saat orang lain sibuk memerah keringat. Bukan mudah menjadi penganggur bila diri dilengkapi dengan nama IJAZAH..Walaupun memang aku akui mahasiswa sekarang tak macam dulu yang lebih berketrampilan, berdisiplin, berkepimpinan. Mahasiswa sekarang entah bagaimana bentuknya. Sebab ramai yang kat dalam institut pengajian yang punya pelbagai sebab musabab masuk universiti.

Em, aku ni bagaimana pula? Sebelum aku habis belajar pun aku dah fikir, kerjaya apa yang sesuai dengan aku. Terutama dengan kebolehan dan keyakinan yang sedang-sedang aja ni. Aku tahu, majikan pastinya ingin staf yang betul2 mantap keyakinan. Bagi jawatan yang sesuai dengan kelayakan aku pula, pastinya anda perlu tegas, berani, profesional,dan macam2 lagi. Kesilapan tetap boleh diterima sebab masing-masing berlajar dari silap, the important things is your confident. Do you? i, don't think so..Coz of that aku explore diri jugak, apa yang ada pada aku untuk aku bekerja di kedudukan yang baik? Bukan kedudukan dan pangkat yang aku cari. Cuma KEYAKINAN.

note:aku kena lebih eksplorasi dan disiplin

Friday, December 3, 2010

BRACES


Pemakaian braces ni memang agak mengganggu rutin santapan aku seharian..nak pulak aku ni agak besar seleranya..jadinya aku mula kena tahan nafsu makan aku ni..then, inilah masanya nak menguruskan badanku..mau-mau konvo nanti badanku kurus..hikhik..aku ni kalo nak makan aku makan je lah..aku kena beli roti dan biskut untuk mengganti nasi..bubur boleh gak ek..em..akan difikirkan..Sengal sikit dah pakai braces ni..kekadang terasa gak macam sakit..huhu..mula2 je kot..lagipun aku baru pakai sehari je..patut la pun kalo rasa sengal..em, sebelum aku pakai braces ni aku dah tanya kengkawan aku yang pakai,aku search kt google pasal braces ni..dengan harganya, penjagaannya..em, senang gak dapat mklumat dri tenet..

Sejarah aku disaran memakai braces.
Mak dari awal dah suruh pakai sejak dari doktor gigi jumpa cara nak mencantikkan gigi aku yang agak terkedepan atau istilah lainnya jongang ini..tapi aku tak nak masa tu sebab susah nak ulang alik hospital..sampai la aku dah lebih 20 tahun aku tak nak jugak lagi..susah nak ulang alik hospital..at the last dah tak leh wat kat hospital kjaan, aku g swasta..apa lagi,,bersedialah dengan bayaran yang mahal..aku ingat nak top up balik duit yang dah aku ambik kat tabung ni bila aku dah keja nanti..huhu…so sesapa yang nak minang aku..gigi aku je dah beberapa ribu..jadinya, sedia duit banyak2,duit tu nak bagi kat mak bapak aku..hikhik..

Braces menjadi sebahagian anggota badan aku..
Welcome to my life BRACEY..let’s be friend and be gentle with me..i will treat you as good as possible..hikhik..