Aku ada cerita tentang BUNKFACE..kumpulan remaja yang diminati ramai para remaja-remaji, pemuda-pemudi zaman la ni..
Masa tu ada ekspo konvo kat UUM, masa tu tahun 2009/2010..aku berjalan la dengan kawan aku ke ekspo tu. Kalau ikutkan aku boleh masuk tengok konsert tu..sebenarnya lebih kepada majlis amal sebab tiket yang dijual kalau tak silap aku, duitnya akan diberi pada pertubuhan amal..tapi aku bagi tiket tu pada kawan aku yang nak pergi sebab aku tak berminat dengan kumpulan BUNKFACE ni..Tiketnya RM10..ada beberapa artis lain termasuk Adibah Noor..hehe..aku minat gak suara dia, tapi aku malaih nak duk kat dewan tu before isya’. Jadinya, bila dah selesai isya’ baru aku melangkah ke tapak ekspo..kebetulan malam yang sama, kat tapak ekspo, ada kumpulan Inteam, Firdaus dan Ramli Sarip..Masa aku berjalan dengan kawan aku, Seha, kami melalui dewan MAS (Muadzam Shah). Konsert amal ni dibuat di sini. Dan masa aku lalu dengan Seha, dengan tetibanya, ada beberapa orang yang tak berapa dikenali, berpakaian agak pelik, lalu kat tepi kamiorang dan ada beberapa pengiring. Dan tak lama melepasi diaorang.
“Siapa Seha?” Solaku.
“Entah.” Kami pandang ke belakang.
“Bunkface tak?” Seha meneka.
“Iye ke?” Soalku sebab aku memang tak kenal.
Seha lebih kenal. Cuma cahaya yang samar kat situ buatkan tak Nampak muka. Nak pulak kamiorang tak pandang betul-betul. Ye lah ingatkan siapa..“Ye la kot.”Jawab Seha. Agak teruja sepanjang jalan nak ke tapak ekspo bertembung dengan artis, walaupun tak minat..hehe..
Apa motif cerita aku ni?
Hehehe..saje nak tulis..
Oh, ko nak bagitau yang ko bertembung dengan artis la ni?
Entah..hehehe..tak la. Saja nak kongsi cerita..betapa kita manusia biasa ni, memang teruja bertemu artis. Why? Sebb diaorang yang dikenali dan kita berpeluang untuk bertembung dengan dia yang bukan senang nak bertembung tepi jalan cam tu. Nak pulak diiring..hakhak..
Betapa la beruntungnya orang popular ni, sebab betapa lah terujanya manusia-manusia untuk bertemu mereka. Aku ingat lagi, masa Sheikh Muzaffar datang ke UUM. Bila beliau masuk je dewan, crowded Dewan MAS (Dewan MAS lagi..hehehe..dewan utama UUM>_<) dengan suara dan jeritan yang majoritinya perempuan..Lama jugak la jeritan itu berlangsung dek keterujaan masing-masing melihat angkasawan nombor satu negara..heehehe..Masa tu terdetik jugak kat hati aku, betapa lah manusia itu memberi kesan di hati ramai orang..
Dan masa aku tengok konsert Shila Majid kat TV tadi..aku memang agak minat dengan suara dia..bila penonton yang dah tentu peminat dia bersorak..huhuhu..dia cuma manusia kecil sahaja di atas pentas tu aku tengok, tapi kerana anugerah yang Tuhan bagi pada dia, dia menarik ramai keterujaan orang pada dia..
Aku terus berdiri di situ sementara menunggu kawan aku sampai keluar dari dewan. Jadi seronok pulak dengar lagu Ramli Sarip. Bila aku dengar lagu dia, ada unsur didikan dan keagamaan juga sebenarnya, Cuma pendengarnya hanya mengambil unsur kerockan itu..huhu..kawan aku sampai agak lambat, hingga tamat konsert tu, aku berjalan. Jalan sorang-sorang tak best, HIngga la tak lama lepas tu kawan-kawan aku sampai. Kami jalan-jalan, cari tudung, keronsang..heehhe..biasalah barang orang perempuan ni..heheh.e.
